Fungsi Action Dalam Photoshop
Percayakah anda jika saya katakan kesan-kesan khas yang terdapat pada gambar-gambar di atas hanya mengambil masa tidak sampai 1 minit untuk menghasilkannya melalui perisian Photoshop. Anda juga tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkannya. Cukup sekadar tahu perkara asas photoshop sahaja.

Pernahkah anda mendengar action scripts? Action scripts adalah langkah-langkah kerja seseorang yang pakar menghasilkan kesan khas dalam sesuatu efek dalam photoshop. Katakan saya telah menghasilkan kesan khas seperti di atas. Setiap langkah untuk menghasilkan kesan khas tersebut akan saya rakamkan melalui fungsi action. Langkah-langkah tersebut boleh digunakan oleh orang lain untuk mendapatkan kesan yang sama pada gambar yang berbeza-beza.
Bagaimanakah untuk menjalankan fungsi action dalam photoshop?
- Anda boleh dapatkan action scripts secara percuma contohnya di http://www.panosfx.com. Download efek yang dikehendaki dan unzipkan fail tersebut. Simpankan disuatu folder yang anda suka.
- Bukakan program photoshop kemudian pergi ke tab Window dan klik Actions.
- Tertingkap Action akan terbuka.
- Klik tiga segi kecil yang terdapat dipenjuru kanan tertingkap tersebut.
- Pilih ‘Load Actions’ dan cari folder yang anda simpankan action scripts yang di download dari internet.
- Tekan butang ‘Load’.
- Tekan butang play, maka secara automatik setiap langkah yang terdapat dalam action scripts akan dipindahkan. Maka kesan tersebut akan terhasil pada gambar.
- Terdapat sedikit perbezaan bagi setiap actions. Kaedah try and error akan perlu sehingga anda mahir dalam pengguaan fungsi action dalam photoshop.
Bukahkah anda juga boleh menghasilkan kesan-kesan khas pada gambar seperti seorang profesional?
Membina Link Download
Bagaimana kita hendak memberikan Ebook yang kita cipta kepada pengunjung blog kita? Ini amat penting bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan menjual Ebook. Sebagai permulaannya diterangkan secara asas bagaimana perkara ini dapat dilakukan.
- Ciptakan suatu ebook yang kita hendak berikan kepada pengunjung blog kita. Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk membina ebook. Saya syorkan kita gunakan perisian eWriter Pro. Ianya amat mudah sekali.
- Apabila telah siap, savekan dalam satu folder di My Dokumen atau mana-mana tempat yang anda suka. Sebagai contoh, kita namakan folder tersebut sebagai try ebook.
- Zipkan folder tersebut dengan menggunakan perisian zip seperti winzip atau 7zip.
- Folder yang telah dizipkan akan menjadi folder zip.
- Gunakan perisian FTP seperti Filezilla untuk uploadkan fail ke server.
Perisian FileZilla yang digunakan untuk Upload Folder ke Server.
- Dalam FileZilla masukkan address, user dan password yang diberi oleh hosting anda.
- Dalam FileZilla terdapat dua bahagian. Sebelah kiri menunjukkan folder yang terdapat pada komputer anda dan sebelah kanan menunjukkan folder yang terdapat di server anda. (lihat rajah)
- Buka fail public_html pada server anda dengan klik 2 kali pada folder tersebut.
- Ciptakan satu folder dengan klik kanan pada tetikus dan pilih create directory. Namakan folder tersebut mengikut kehendak anda. katakan folder tersebut dinamakan ebook1.
- Suatu folder baru telah terhasil dalam public_html.
- Klik 2 kali pada folder ebook1 tadi.
- Pergi ke sebelah kiri (folder dari komputer anda) cari folder ebook yang anda cipta tadi iaitu try ebook. Klik kanan dan pilih upload.
- Folder try ebook anda akan dipindahkan ke server dalam folder ebook1.
- Upload anda berjaya jika folder tersebut ada dalam folder ebook1.
- Tutup FileZilla, kemudian log in ke blog anda.
- Untuk memastikan ianya berfungsi, masukkan URL lind download anda ke blog anda. Sebagai contoh http://www. nama domain anda/ebook1/try ebook.zip. Pastikan ejaan dan huruf besar atau kecil adalah sama.
- Satu paparan link download akan terpapar jika pengunjung mengklik URL tersebut. Tahniah link downloag anda telah berjaya.
Artikel ini terhasil daripada pemahaman penulis apabila membaca ebook CPanel daripada Jebat Abd Kadir.
Bayam Halia (Ginger Spinach)
Bahan-bahan (Igredients) :
600g bayam (600g spinach)
1 sudu besar jus halia (1 tbsp ginger juice)
30g ikan kering (30g salt fish)
Perasa (seasoning) :
1 sudu besar cuka hitam (t tbsp black vineger)
1 sudu teh gula (1 tsp sugar)
1/2 sudu teh garam (1/2 tsp salt)
1 sudu besar minyak bijan (1 tbsp sesame oil)
Cara Memasak (Method) :
- Bersih bayam, celur dalam air mendidih hingga masak dan toskan. Potong 5cm panjang dan susun di atas pinggan. (Wash spinach, blanch in boiling water until cooked, drain and set aside. Cut into 5 cm long sections and arrange on a plate)
- Gaul jus halia bersama perasa hingga sebati. Tuang ke atas bayam. (Add ginger juice to seasoning, stir well. Pour over spinach)
- Ikan kering dihiris halus. Goreng hingga wangi dan garing. Hancur dan tabur ke atas bayam dan hidangkan. (Shred salt fish thinly and fry until fragrant and crispy. Crush ang sprinkle on the spinach and serve)
Ikan Berperasa Tiga (Three Flavoured Fish)

Bahan-bahan (Ingredients)
1 ekor ikan bawal putih (600g) (1 write pomfret (about 600g)
2 tangkai daun bawang (2 stalks spring onion)
3 ulas bawang putih (3 cloves garlic)
1 biji cili merah (1 red chilli)
Perasa (Seasoning) :
2 sudu besar kicap cair (2 tbsps soy sauce)
1 sudu teh cuka (1 tsp white vinegar)
1 sudu teh lada sulah (1 tsp pepper)
1 sudu besar gula (1tbsp sugar)
1 sudu besar bijan goreng (1 tbsp browned white sesame seeds)
Cara Memasak (Method):
- Bersih dan kesat ikan.Kelarkan berpenjuru 3-4 tempat di kedua-dua bahagian ikan. (Clean fish, pat dry. Make 3 to 4 shallow, diagonal cuts on both sides of the fish.
- Buang biji cili. Hiris halus cili dan daun bawang, Hiris bawang putih. (Remove seeds from chilli. Cut chilli and spring onions into fine strips. Slice garlic.
- Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng ikan, kemudian masukkan perasa bersama cili, daun bawang dan bawang putih. Renih di atas api kecil selama lebih kurang 5 minit untuk mengurangkan kuah. Senduk dan hidangkan. (Heat 2 tbsps of oil in a wok. Add fish and fry over low heat untul both sides are golden brown. Then add seasoning and ingredients in method (2). Simmer over low heat for about 5 minutes to reduce liquid. Dish up and serve.
Master Your Ming, Design Your Destiny
Master Your Mind, Design Your Destiny (Versi Bahasa Melayu)
Pengarang : Adam Khoo, Stuart Tan
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 39.90
ISBN : 978-983-3372-74-4;
Sinopsis
Buku tulisan salah seorang pakar motivasi terbaik Singapura yang juga menjalankan program motivasinya di Malaysia. Pengarang buku-buku bestseller, antaranya The Secret Of Self Made Millionaire. Kali ini dia berkongsi beberapa tip menarik menjadikan minda sebagai alat untuk membuka masa depan kita.
1.Kita semua memiliki sumber mental yang diperlukan bagi mencapai kejayaan. Apa yang kurang kita miliki adalah kemampuan mengawal sumber ini.
2.Dengan sumber mental yang kita miliki, kita mampu menarik sumber-sumber fizikal.
3.Kita semua pada asasnya mempunyai sistem neuron yang sama iaitu kira-kira 1,000 bilion neuron. Apa yang membezakan kepandaian dan pola perilaku seorang daripada orang yang lain adalah hubungan-hubungan neuron yang dipengaruhi oleh persekitaran setiap orang.
4.Apabila kita dapat meniru pola mental seorang yang berjaya, maka kita dapat meniru kejayaan orang itu.
Isi Kandungan
Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
Penghargaan
Pengenalan
1.Pola Kecemerlangan
2.Formula Kejayaan Unggul
3.Bagaimana Hendak Mencapai Setiap Impian
4.Kunci Kuasa Sepenuhnya
5.Kuasa Kepercayaan yang Luar Biasa
6.Rahsia Prestasi Unggul
7.Mengarahkan Fikiran bagi Mendapatkan Hasil Optimum
8.Menambat: Cara Mengawal Perasaan
9.Perubahan Makna
10.Nilai: Kuasa yang Mendorong
11.Membentuk Matlamat Hidup
12.Bagaimana Mengulangi Kejayaan Siapa Sahaja
Bibliografi
Biodata Penulis
